Situs Kampung KB dan Pendidikan Indonesia

Selamat datang di situs Kampung KB "Tumbuh Jaya" Desa Tumbuh Mulia Kecamatan Suralaga Lombok Timur NTB. Situs ini berisi 8 pokja Kampung KB seperti Pokja Pendidikan, Keagamaan, Sosial dan Budaya, Ekonomi, Kesehatan Refreduksi, Lingkungan, Perlindungan dan Kasih Sayang. Selain itu juga, berisi tentang administrasi pendidikan seperti Ruang Guru, Materi K13, Aplikasi K13, Program Kerja, Soal Ujian, Artikel Islam, Hiburan dan Katagori yang meliputi pertanian, peternakan dan perikanan. Semoga situs ini bermanfaat dalam meningkatkan kualitas hidup keluarga dan masyarakat menuju Indonesia sejahtera.

Tiga Doa Sujud Terakhir yang Paling Makbul.


Pada kesempatan ini, kami berbagi artikel tentang Inilah Tiga Doa Sujud Terakhir Yang Paling Makbul.

Sujud adalah salah satu rukun solat yang biasanya dilakukan dua kali dalam setiap rakaat dalam solat sama ada solat fardhu, tahajjud, taubat, dhuha dan solat sunat yang lain. 

Doa ketika sujud sangat digalakkan untuk memohon kepada Allah apa yang diinginkan malah doa sujud terakhir mempunyai manfaat yang sangat luar biasa.

Di dalam solat, waktu kita yang paling dekat dengan Allah adalah ketika sujud dan doa sujud terakhir juga dikatakan amat baik diamalkan. Berdoa semasa sujud adalah amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah yang biasanya akan dipanjangkan sujudnya bersama memperbanyakkan doa serta zikir kepada Allah SWT.

Kelebihan Amalan Tiga Doa Sujud Terakhir
Berikut dikongsikan beberapa doa-doa yang mempunyai kelebihan yang amat luar biasa jika sering kita amalkan ketika sujud yang terakhir.

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata: Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud.

1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

doa rasulullah ketika sujud
Share
2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

cara berdoa ketika sujud bahasa melayu
Share

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik dengannya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apa pun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.

Berikut dikongsikan juga ceramah berkaitan dengan 3 doa sujud terakhir yang boleh kita amalkan ketika solat dan juga kebaikan serta kelebihan apabila kita bersujud kepada Allah SWT seperti yang dikongsikan di laman Facebook.

1. Apakah kebaikan dan kelebihan jika sujud kepada Allah?

Ia adalah salah satu cara untuk kita mendapatkan syafaat Rasulullah SAW.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Mintalah pertolongan dariku dengan memperbanyakkan sujud.”

2. Hamba yang paling terdekat pada Allah SWT adalah ketika dia bersujud.

Itulah maksud:

“Dan sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepada-Nya).” – Al-Alaq :19

dan

“Terdapatlah di muka mereka itu adalah bekas sujud” – Al-Fath: 29

Yang bermaksud bekas sujud itu adalah bekas muka mereka yang menampal tanah sewaktu sujud. Juga ada yang mengatakan itu adalah Nur kekhusyukkan yang memancar dari batin kepada lahir. Ada juga yang mengatakan bekas wuduk yang nampak pada muka pada hari Kiamat.

3. Menyebabkan syaitan berlari sambil menangis:

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Ketika anak Adam membaca (ayat) as-Sajadah. Lalu dia bersujud, maka syaitan lari sambil menangis dan berkata:

“Wahai celakanya aku. Dia diperintah sujud lalu bersujud, maka untuknya Syurga. Sedang aku diperintah sujud malah derhaka, sehingga untukkulah Neraka.”

4. Antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Abu Hurairah berkata :

“Yang paling dekat seorang hamba kepada Allah adalah ketika dia bersujud. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa ketika sujud.”

Oleh itu, marilah kita semua memperbanyakkan doa di dalam solat fardu dan sulat sunat seperti solat tahajud, solat witir, solat dhuha, solat istikharah dan berbagai jenis solat yang lain lagi untuk memperbanyakkan sujud kita kepada Allah SWT. Jangan sekali kita mencari alasan supaya tidak melakukannya sebaiknya carilah waktu yang sesuai untuk menunaikannya dengan hati yang ikhlas.

Sesungguhnya apa yang kita lakukan dengan ikhlas hati pasti akan mendapat hasilnya iaitu pahala berganda malahan kita juga boleh melatih diri supaya terus melakukannya demi kebaikan untuk diri sendiri supaya sentiasa menuju ke arah yang lebih baik sehingga ke akhir nyawa.

Demikian, semoga bermanfaat.
Share:

No comments:

Post a Comment

Jangan nyepam ya!

Hari/Tanggal

ALIH BAHASA

Daftar Isi